Quantcast
Channel: Apabila Portalis Menulis » Snap!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 12

BAHAYA GULA : Pertemuan ini suatu isyarat…

0
0

This post has 2037 words. It will take approximately 10 minutes, 11 secondes for reading it.

Assalamualaikum w.b.t & Salam mesra!

Malam nih walaupun Portalis masih dalam keadaan penat setelah drive dalam tempoh yang agak panjang setelah menghadiri majlis kenduri dan dikesempatan yang sama membawa anak-anak bersiar sekitar ibu kota, tetapi hati ini tetap ingin menulis kerana jika tidak ditulis pasti akan lupa, jika ditulis pasti ingat sampai mati!.

Alkisahnya adalah pertemuan demi pertemuan yang ibarat memberi ‘isyarat’ supaya berhati-hati dengan ‘Bahayanya Gula’ dalam hidup ini. Sebelum bercerita panjang, eloklah dimulakan dengan pertemuan demi pertemuan dari permulaan iaitu sekitar tahun 2004…

## Pertemuan : 1 ##
Portalis masih menuntut di USM lalu berkunjung ke rumah salah seorang sinior KAKUSMA dan berbual panjang dengan Bapanya yang menghidap Diabetes, Portalis memang tak ada masalah untuk berbual dengan orang yang lebih tua kerana lazimnya mereka ini memang suka bercerita dan akhirnya dapatlah disimpulkan yang mereka menasihati kita supaya jangan ikut cara hidup mereka dari aspek pemakanan kerana kesannya adalah sengsara…

~ Air Tin ~
Mungkin semua orang tahu tentang bahayanya air tin ini, tapi bila dah lepak dengan kawan2 kat kedai mamak kita kadang2 tu terlajak order maklumlah banyak perkara yang dibualkan, aktiviti minum nak kena ada… Pakcik Salleh bercerita tentang rutin hariannya yang gemar minum ‘air tin’, beliau adalah pemandu lori tangki minyak yang rutinnya menghantar minyak. Permulaan perjalanannya adalah dengan meminum satu tin air berkarbonat dan setelah sampai di stesen minyak dia akan minum lagi satu tin. Itulah rutinnya setiap hari dia bekerja dan semasa berbicara dia sudah kena dialisis buah pinggang seminggu sekali dan mata semakin hari semakin kabur. Dia menasihati portalis yang amalkan minum air tin nih, kesannya dia alami terlalu perit. Bagi yang berpendidikan mungkin akan kata ini kesilapan dirinya yang tidak menghindari dari meminum air tin, bagi Portalis mungkin pakcik Salleh ini kerjanya memandu dan bagi mengelakkan beliau mengantuk atau terlelap yang menyebabkan beliau mengamalkan minuman ini demi meneruskan kelangsungan hidup mencari nafkah untuk keluarga. Setahun kemudian Portalis dapat berita Pakcik Salleh telah kembali ke rahmatullah… tuhan lebih sayangkan dia dan setiap tutur kata nasihat arwah masih segar bermain di telinga apabila setiap kali berdepan dengan makanan yang manis-manis. Al-Fatihah….

## Pertemuan : 2 ##
Sekitar tahun 2011 Portalis dikejutkan dengan serangan penyakit misteri terhadap salah seorang ahli keluarga sendiri, hakikatnya bukanlah sesuatu yang ‘misteri’ sangat pun cuma bila dirujuk kepada ‘berubat kampung’ kebanyakkannya akan libatkan kemisterian… misterinya tidak tahu sakit apa tiba pesakit merasakan tangannya seakan-akan ada ‘benda yang menumpang’ berat dan sakit yang di waktu malamnya terlalu sakit sehinggakan pesakit meracau dan bercakap yang bukan2 seolah-olah dirasuk. Sebenarnya kesakitan yang ditanggung adalah amat perit!. Bila dirujuk ke hospital kerajaan, scan satu badan tidak nampak sebarang masalah dan doktor mengesahkan ianya tidak sakit dan normal! sehingga mahu dirujuk ke pakar psikiatri. Timbul idea untuk bawa ke KPJ dan alhamdulillah scanner di sana dapat mengesan punca kesakitan itu… rupanya ada jenis diabetes yang menyebabkan terjadinya nanah di pangkal tulang (Portalis tak pasti istilah perubatannya). Patutlah pesakit meraung dan meracau, kita kalau ada nanah di atas kulit pun dah tak lena tidur apatah lagi di pangkal tulang! Pembedahan perlu segera dilakukan!

~Polisi Insurans~
Malangnya pesakit tidak mempunyai sebarang polisi insurans, jadi duit simpanan terpaksa dikeluarkan dan menanggung kos pembedahan sebanyak lebih kurang RM40,000.00. Portalis terfikir sejenak, berapa lama Portalis perlukan masa untuk mengumpul simpanan sebanyak itu?? Isyarat di sini, Polisi Insurans adalah wajib! kerana di waktu kecemasan kita tidak merobohkan istana yang kita bina sekian lama sebaliknya ditanggung oleh pelan perlindungan yang kita langgan. Kadangkala dugaan itu datang di luar kemampuan ekonomi kita untuk menanggungnya, jika mengharapkan bantuan orang lain pun kadang2 jumlah yang diperlukan tidak masuk akal. Oleh yang demikian, sediakan payung sebelum hujan. Tidak rugi bayar polisi seratus dua sebulan daripada nak kena cari dana yang nilainya ratusan ribu untuk tanggung kos perubatan kita satu hari nanti…

~ Makan Luar ~
Selain daripada itu, cara pemakanan sememangnya menyumbang kerana pesakit kerap makan di luar (gerai, restoran) kerana sering outstation. Bila makan di luar ini faham-faham saja lah, peniaga mana yang tidak mahu makanan di kedainya tidak sedap. Untuk memastikan sedap, setiap bahan dimasukkan dan kadang-kadang bahan-bahan itu yang menyumbang diri kita menghidapi diabetes aka kencing manis. Portalis sering pening kepala bila makan daging di gerai/restoran dan bila makan daging masakan isteri tidak pula pening kepala. Bila check dengan Doktor, tiada pula ‘darah tinggi’ dan jawapan doktor ringkas dan ada kebenarannya, “you makan dekat rumah isteri you basuh bersih2, lemak2 semua buang, kalau di kedai diorang tak ada masa nak buat semua tu…semua bahan dimasukkan untuk sedapkan masakkan.”. Betul juga kata doktor nih, Alhamdulillah isteri Portalis sangat2 suka memasak dan yang pasti enak dan sihat dimakan.Bila terkenangkan kata-kata doktor tu, fikir dua kali nak makan kat luar. Tapi bila dah lapar…susah juga nak kawal!.

## Pertemuan : 3 ##
Hujung minggu ni Portalis berkesempatan bawa anak2 berhibur di KidZania Kuala Lumpur, itu pun alang-alang dah ada jemputan housewarming area2 sini sekali jalan pergi banyak tempat sikit. Seronok tengok anak-anak begitu excited nak masuk ke situ, parent apa lagi…kerja meneman jer la. Dua jam pertama mula la Portalis nak cari tempat lepak sebab tak lalu nak berdiri lama2, satu-satu sesi pun 20-30 minit tambah dengan masa menunggu… jalan punya jalan nampaklah ‘Parents Lounge’, Hurm! menarik… apa lagi masuk lah rehatkan diri.. duduk kat dalam tu masa nak duduk tu ada tempat kosong tapi ada sebotol air mineral kecil dan diletakkan di atas pembungkus makanan. Portalis duduk kat kerusi sebelah sebab ingatkan tak ada orang mungkin cleaner belum ambil. Sambil menikmati 100plus yang sedapnya lain macam sebab kat sini 100plus harganya RM5.00! haha.. sebab tu sedap lain macam, tambah pula sebatang sosej pun sama sedap lain macam…RM5 sebatang!.. tapi berbaloi lah.. bayaran RM10 lepak berjam2 dalam suasana yang kondusif.

Selesai menjamah sambil sembang2 dengan Isteri Portalis, masuk seorang pemuda bertongkat…pintu dibuka oleh pekerja kat situ. Dia terus berjalan ke arah kami dan berhenti… kemudian dia bercakap, “di mana tempat saya tadi” kemudian pekerja memberitahu “di sini bang”. Dia pun duduk betul2 di depan Portalis, mulalah macam2 andaian berlegar-legar dalam kepala Portalis… abang nih masih muda, tapi bertongkat, mungkin baru jatuh motor, mungkin ada penyakit saraf, mungkin oku, mungkin buta…macam2 dok memikir sambil dok tenung dia.. dia pulak macam termenung.. seakan2 menjalani hidup dalam kerunsingan.. tengok cara pakai, gajet memang ala-ala orang berada la. Last2 dia mengeluh… “aihh pukul berapa la budak2 nih nak habis nih…” Portalis nampak di situ ada signal untuk mencelah dan mulakan perbualan sebab nampak macam dia memerlukan seseorang untuk bercerita dan mendapatkan aktiviti untuk menghilangkan kerunsingannya…

Portalis pun bermula dengan “Abang sakit apa bang?”… bermula dari itu sedar tak sedar lebih 2 jam kami berbicara panjang di dalam parents lounge manakala anak-anak menerokai keseronokkan di luar bersama ummi mereka. Di sini portalis himpunkan pengajaran sepanjang perbualan sebagai shortcut untuk pembaca…

~mula bicara~
Abang nih usia masih muda, baru 37 tahun… seorang yang memegang jawatan besar di sebuah kementerian dan juga mempunyai ahli keluarga yang berjawatan tinggi dalam kerajaan. Hidupnya berubah 4 bulan yang lalu apabila tiba2 ada diabetes dan berlaku luka kecil di kakinya yang membuatkan satu daripada jari kakinya terpaksa di potong, itu pun masih ok sebab doktor kata kerana beliau ‘tidak merokok’. Selepas pemotongan itu, mata beliau makin kabur dan sampai satu tahap dia tidak lagi dapat melihat. Pembedahan demi pembedahan dibuat sehingga 7 kali tak silap akhirnya alhamdulillah dia dapat melihat kembali tetapi dalam keadaan yang masih samar2, doktor maklumkan ambil masa 3 bulan untuk kembali pulih dan ada yang mengambil masa 7 bulan. Abang nih usianya masih muda, baru 37… siapa tak runsing selama ini menjalani hidup normal boleh buat semua kerja tiba-tiba dalam 4 bulan hidupnya berubah, saudara mara datang menziarah pun mengalirkan air mata mengenangkan nasibnya. Sebagai pendengar setia, Portalis rasa adalah menjadi tanggungjawab untuk mendengar segala luahan hatinya berkenaan keluarga, kawan2, dan masyarakat. Mungkin itu salah satu cara dapat mengeluarkan dia dari terus runsing memikirkan masa depan hidupnya. Alang-alang bersembang rancak, biasalah pasti terdetik ingin tahu tabiat pemakanan beliau yang menyebabkan diusia yang masih muda ini sudah diduga dengan penyakit sebegini. Lalu dia pun menceritakan kisah hidupnya dan cara pemakanan hariannya…

~Amal minum kordial setiap hari~
rupa-rupanya dia adalah penggemar minuman kordial, setiap hari dia akan minum satu kotak kordial dan ditekankan jangan percaya dengan perkataan ‘less sugar’ semuanya sama saja!. Cara pemakanannya seakan-akan sama dengan cara pemakanan pakcik Salleh di atas cumanya berbeza diantara tin dan kotak. Adalah menjadi rutinnya untuk mengambil air manis mungkin kerana berada dalam persekitaran minum air manis daripada kecil kerana ibu dan bapanya juga menghidap diabetes. Doktor menyatakan faktor genetik pun main peranan tapi walaupun yang demikian jika kita tidak mengambil ‘manis’ berlebihan boleh dielakkan dari menghidapnya. Portalis pun tumpang sedih mendengar ceritanya yang bersyukur dapat Isteri yang tabah, cekal dan berdikari mampu buat semua kerja2 yang sepatutnya dia yang buat. Sampai mengecat rumah pun Isterinya buat sendiri sekarang! Alhamdulillah dapat Isteri yang sanggup mengharungi hidup dalam keadaan senang dan susah.

~Persamaan~
Dulu dia cerita berat dia antara 95 – 100 macam tu saja, lebih kurang berat Portalis la jugak.. 98-105 pi mai pi mai tang tu tak lebih tak kurang tapi sekarang sejak dia menghidapi diabetes beratnya susut sehingga tinggal 78.. banyak betul susutnya! lebih 20KG. Alhamdulillah sebab buah pinggangnya masih Ok dan bersyukur sebab ada orang lain terus attack di situ baru pergi tempat lain. Mungkin ini isyarat awal supaya kita berpantang sebelum menjadi lebih kronik dan sekarang segala-galanya berubah, dia sudah tidak menium air manis begitu juga dengan anak-anak yang menghindari makanan yang manis.

~Makanan tambahan~
Dalam perbualan ni dia ada berpesan, kalau ada sedikit wang lebih gunakan untuk beli makanan tambahan yang khusus untuk keperluan diri…sebab bila umur dah meningkat nih kita perlukan sesuatu itu dengan lebih kadangkala tak cukup dalam makanan harian kita. Selain mendengar ceritanya yang terujua dengan air zam-zam yang baginya cukup berkesan dalam membasuh luka dan begitu berkesan dalam merawat penyakit yang dihidapinya.

~Kesimpulannya~
Alhamdulillah, Portalis membesar dalam keluarga yang tak berapa gemar minum air manis kerana tiada rutin khusus untuk minum minuman manis setiap hari sama ada di awal pagi atau waktu petang. Tetapi semenjak berkerja hanya segelas kopi dengan roti saja setiap pagi sebagai sarapan hari bekerja itu pun dah rasa risau bila berdepan dengan akibat kemanisan ini. Sebenarnya manis nih bukan saja ada dalam minuman, makanan harian pun banyak juga yang menggunakan gula. Sejak kecil air kosong dalam botol mineral di dalam peti ais yang menjadi penghilang dahaga sebab kalau minum air manis rasa tak puas dan tak hilang dahaga. Bab minum memang Portalis boleh jaga, tapi kalau bab makan memang agak ‘gagal’ sebab memang tak boleh nak jaga…asal lapar apa yang terfikir semuanya nak dimakan. Sebab tu bila berjumpa dengan mereka yang menghidap diabetes nih rasa macam teruja dan takut pun ada cumanya mereka ada rutin minum air manis setiap hari dan Portalis pula hanya air kosong ais, tapi tetap ada perasaan risau tu sebab gula bukan sahaja ada dalam minuman!

Jadi, nasihat Portalis kepada semua pembaca berdasarkan pengalaman dari insan-insan yang pernah Portalis berjumpa dan sememangnya mereka membawa isyarat kepada kita yang masih lagi sihat dan mungkin akan menimpa nasib yang sama jika tidak mengendahkan amalan pemakanan harian kita.

1. Jangan amalkan minuman air tin, air kotak, air berkarbonat sehingga menjadi rutin harian.
2. Jangan memandang remeh terhadap keperluan Polisi Insurans kerana di waktu memerlukan ianya cukup membantu.
3. Jangan abaikan senaman/keluar peluh kerana aktiviti itu mampu memberi kekuatan kepada kita melawan serangan penyakit.
4. Jangan makan terlalu mengikut hawa nafsu, makan itu penting, jika terlebih menjadi penyakit.. (pesanan untuk diri sendiri! :p)
5. Jangan jauhkan diri dengan kawan-kawan yang ditimpa kemalangan/sakit kerana di saat ini mereka perlukan kita untuk bantuan..bukan kewangan tapi bantuan semangat..mereka amat memerlukanya!

6. Jangan abaikan makanan tambahan bagi diri kita, semakin berusia ada elemen penting yang perlu ditambah mengikut keperluan diri masing-masing.

“Tadi ada seorang kat depan abang nih, tapi tak berapa nak bersembang…kita nih jenis suka bersembang, duduk sorang2 tahu tahu nak buat apa melainkan termenung”.

Alhamdulillah sekurang-kurangnya Portalis dapat meluangkan sedikit masa untuk menjadi seorang pendengar dan memberi semangat agar beliau dapat meneruskan hidup dengan sedikit harapan yang ada….insyaAllah semuanya akan kembali normal dengan usaha yang dilakukan.

Bersama kita cegah sebelum parah! jangan lupa buat pemeriksaan kesihatan secara berkala…kita mampu mengubahnya!

Setiap yang berlaku ada hikmahnya, tidak bagi kita mungkin bagi orang sekeliling kita, bersama kita mengambil setiap pertemuan ini sebagai satu isyarat yang penting untuk diberi perhatian.

Terima kasih kerana membaca…

About Muhammad Suffi Yusof

Jika berperang biar tulisan itu tajam ibarat mata pedang, Jika mendidik biar tulisan itu menjadi bara api yang mendorong semangat, Jika menasihat biar tulisan itu lekat lama di dalam hati, Jika memuji biar tulisan itu menyumbang kepada pembangunan, Jika Meninggal semoga tulisan itu kekal membantu mereka yang memerlukan....


Viewing all articles
Browse latest Browse all 12

Latest Images

Trending Articles